Maklumat Terkini October 2017

Tarikh-tarikh penting!

Ujian Sumatif 2/Peperiksaan Akhir Tahun.

Khamis : 12/10/2017
Jumaat : 13/10/2017
Isnin     : 23/10/2017
Selasa   : 24/10/2017
Rabu     : 25/10/2017
Khamis: 26/10/2017

Cuti Sambutan Deepavali : 14/10/2017 – 22/10/2017
Sambutan Hari Kanak-Kanak : Jumaat 10/11/2017
Majlis Anugerah Cemerlang : Rabu 22/11/2017

SK WANGSA MELAWATI BOLEH !

Pada 7 hb Julai 2017, Nikita Kaur (4K) telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan Catur peringkat Wilayah Keramat.

 

Nur Airis Rania dari kelas 2K sekali lagi mngharumkan nama SK Wangsa Melawati dengan memenangi 6 pingat emas dalam pertandingan International Ice Skating Asia. Moga Airis terus cemerlang diperingkat antarabangsa.

Seramai 3 orang murid pandu Puteri Tunas SK Wangsa Melawati telah lulus program Calit Emas di peringkat Negeri pada Julai 2017.

Marvindran dari Kelas 4K telah memenangi tempat ke 3 dalam Kejohanan Skuasy peringkat MSSWPKL dan akan mewakili Kuala Lumpur ke peringkat Kebangsaan. Tahniah dan moga teruskan kejayaan yang cemerlang.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua warga SK Wangsa Melawati, Pentadbir, Cigku-Cikgu, Murid-Murid, PIBG serta Ibubapa diatas kejayaan cemerlang pada tahun 2016. Moga dengan adanya muafakat dan kerjasama yang baik SK Wangsa Melawati akan lebih cemerlang dan gemilang pada tahun 2017.

 
 

 

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada anak-anak Wangsa Melawati yang berjaya menyertai beberapa pertandingan sama ada peringkat daerah hinggalah ke peringkat antara bangsa.

Pasukan Robotik SK Wangsa Melawati yang telah berjaya memenangi tempat ke empat kategori ADVANCE dalam pertandingan “World Of Robotics 2016 National Championship” yang telah diadakan di Kolej Vokasional Gombak.

Pasukan Softball SK Wangsa Melawati di pertandingan Luar Musim 2016 yang diadakan di SK Wangsa Jaya. Tahniah kepada pasukan pelapis bakat-bakat baru, Jurulatih dan Cikgu-Cikgu yang berusaha mempersiapkan pasukan yang mantap untuk tahun 2017.

IMG-20160721-WA0008 IMG-20160721-WA0009
Anak-anak menyertai pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Wilayah Persekutuan. Walaupun tidak memenangi apa-apa kedudukan tahniah diucapkan atas usaha anak-anak serta guru-guru. Tahun depan kita usaha lagi!

13891974_1049483928454106_8173451976756309461_n
Tahniah kepada Hanan (6S)yang mendapat tempat ke 7 dalam pertandingan boling kebangsaan peringkat master. Moga terus cemerlang dalam mencapai cita-cita.

13882588_1049467595122406_3183606458817521157_n 13912739_1049467541789078_2431247348584383874_n
Tahniah kepada Airis (Tahun 1) yang berjaya merangkul emas dalam kejohanan Skate Asia 2016. Tahniah juga kepada ibubapa Airis yang berusaha keras dalam memastikan kejayaan ini.

Program Jalinan Mesra Linus dihatiku

Satu bengkel program Linus telah dianjurkan bagi membantu ibubapa yang mana anak mereka terlibat dalam LINUS. Moga program sebegini dapat membantu ibubapa memantau anak yang terlibat. Terima kasi pada semua yang terlibat termasuk kehadiran pegawai dari Jabatan PPWK.

          

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah

Tanggal 3hb Februari 2017 telah diadakan Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Briget Bistari dan Pembimbing Rakan Sebaya Sk Wangsa Melawati. Diucapkan tahniah kepada semua murid-murid yang telah dilantik dan moga dapat menjalankan tugas dengan amanah serta bertanggung jawab.

            

Pasukan Pandu Puteri Tunas

Pada 18 hb Januari 2017, Pasukan Pandu Puteri Tunas SK Wangsa Melawati telah menyertai Mesyuarat Kepimpinan Pandu Puteri Tunas Kebangsaan di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Sekolah kita telah diwakili oleh 11 orang murid bersama cikgu pengiring Puan Hazila dan acara ini telah direkodkan dalam Malaysia Book of Records.