Maklumat Terkini APRIL 2018

 

Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 Ambilan 2019/2020 Secara dalam Talian. Sukacita dimaklumkan bahawa Kemasukan ke Tahun 1 Ambilan 2019/2020 secara dalam talian (online) kini telah dibuka bermula 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia dan permohonan tersebut boleh dilakukan dengan melayari laman web https://public.moe.gov.my/

 

 

SK WANGSA MELAWATI BOLEH !

Marvindran dari Kelas 5K telah membuktikan kehebatan beliau dalam Kejohanan Skuasy peringkat MSSWPKL. Marvindran menjadi Naib Johan pada pertandingan tersebut dan akan mewakili Kuala Lumpur ke peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada beliau dan juga tentunya Ibubapa yang sentiasa memastikan kejayaan ini.

Pasukan Softbal lelaki telah menjadi Johan dan Pasukan Sofbal perempuan menjadi naib Johan dalam pertandingan SOFTBAL MSSWPKL 2018 yang telah berlangsung pada 8 hb Februari 2018. Sekalung tahniah buat pengurus pasukan, cikgu-cikgu yang terlibat serta anak-anak Sk Wangsa Melawati yang hebat-hebat.

   

Pada 7 hb Julai 2017, Nikita Kaur (4K) telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan Catur peringkat Wilayah Keramat.

 

Nur Airis Rania dari kelas 2K sekali lagi mngharumkan nama SK Wangsa Melawati dengan memenangi 6 pingat emas dalam pertandingan International Ice Skating Asia. Moga Airis terus cemerlang diperingkat antarabangsa.

Seramai 3 orang murid pandu Puteri Tunas SK Wangsa Melawati telah lulus program Calit Emas di peringkat Negeri pada Julai 2017.

 

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua warga SK Wangsa Melawati, Pentadbir, Cigku-Cikgu, Murid-Murid, PIBG serta Ibubapa diatas kejayaan cemerlang pada tahun 2016. Moga dengan adanya muafakat dan kerjasama yang baik SK Wangsa Melawati akan lebih cemerlang dan gemilang pada tahun 2017.

 
 

 

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada anak-anak Wangsa Melawati yang berjaya menyertai beberapa pertandingan sama ada peringkat daerah hinggalah ke peringkat antara bangsa.

Pasukan Robotik SK Wangsa Melawati yang telah berjaya memenangi tempat ke empat kategori ADVANCE dalam pertandingan “World Of Robotics 2016 National Championship” yang telah diadakan di Kolej Vokasional Gombak.

Pasukan Softball SK Wangsa Melawati di pertandingan Luar Musim 2016 yang diadakan di SK Wangsa Jaya. Tahniah kepada pasukan pelapis bakat-bakat baru, Jurulatih dan Cikgu-Cikgu yang berusaha mempersiapkan pasukan yang mantap untuk tahun 2017.

IMG-20160721-WA0008 IMG-20160721-WA0009
Anak-anak menyertai pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Wilayah Persekutuan. Walaupun tidak memenangi apa-apa kedudukan tahniah diucapkan atas usaha anak-anak serta guru-guru. Tahun depan kita usaha lagi!

13891974_1049483928454106_8173451976756309461_n
Tahniah kepada Hanan (6S)yang mendapat tempat ke 7 dalam pertandingan boling kebangsaan peringkat master. Moga terus cemerlang dalam mencapai cita-cita.

13882588_1049467595122406_3183606458817521157_n 13912739_1049467541789078_2431247348584383874_n
Tahniah kepada Airis (Tahun 1) yang berjaya merangkul emas dalam kejohanan Skate Asia 2016. Tahniah juga kepada ibubapa Airis yang berusaha keras dalam memastikan kejayaan ini.

9 Responses to Maklumat Terkini APRIL 2018

  1. Baru-baru ini ada lawatan dari KIdzania ke SKWM, anak saya dari darjah 4K tidak di beri peluang untuk involve dalam aktiviti bersama Kidzania, boleh beri penjelasan kenapa certain murid saja yg terlibat dan yg selebihnya tidak. Ada kriteria tertentu???

    • BADARIAH ABU BAKAR says:

      As salam, saya telah di beri penjelasan oleh cikgu Jalina , guru yang mengajar Darjah 1 tentang perkara di atas. Saya mengucapkan terima kasih dan saya memahaminya.

    • Admin says:

      Puan, saya sudah minta pihak sekolah untuk memberi jawapan persoalan ini melalui Pengetua. Harap ada jawapan dari mereka.

      Terima Kasih

  2. BADARIAH ABU BAKAR says:

    Anak saya Balqis Amani Bte Zainal dari Darjah 4K, mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang Pengawas Sekolah, tak kiralah pengawas pusat sumber etc….semangatnya begitu kuat tapi tidak di beri peluang …bole tahu kenapa?? Ada kriteria atau syarat-syarat tertentu untuk murid tersebut menjadi seorang pengawas sekolah…atau sekolah mengamalkan system FAVOURITISM……Kindly ADVISE

  3. theresa michael says:

    dalam nya itu saya tak tau lah nak cakap …. tapi tau tau lah kan kalau minta minta pun mesti dapat punya

  4. Riana Ibrahim says:

    Saya ingin bertanya, kenapa takwim 2015 tidak dimasukkan di laman web ini? Saya rasa jika takwim ini dikemaskini, mudah untuk ibubapa mengetahui bilakah ujian / peperiksaan/ cuti gantian/ aktiviti akan dijalankan oleh pihak sekolah. jika mengharapkan surat yg dikirimkan kpd murid2, kdg2 surat berkenaan tidak smpi ke tangan ibubapa sebab mungkin hilang atau tercicir. di harap pihak sekolah dapat menyediakan takwim 2015 supaya ibubapa dpt memantau/merancang aktiviti anak2.

    Sekian. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *