Permohonan Kemasukan Murid PraSekolah 2015

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PRASEKOLAH TAHUN 2015

1. Kanak-kanak yang mepunyai status Warganegara Malaysia Sahaja.

2. Terbuka untuk murid-murid berumur 5 & 6 tahun (Keutamaan untuk murid 6 Tahun)

3. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang ibu/bapa/penjaga berpendapatan rendah.

4. Permohonan kemasukan Program Pendidikan Prasekolah tahun 2015 akan dibuka mulai 1 April 2014 sehingga 31 Julai 2014.

5. Borang permohonan boleh dimuat turun borang prasekolah 2015  atau melalui portal Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan( http://jpwpkl.moe.gov.my) serta  di Pejabat Sekolah.

6. Setiap borang yang diberikan kepada ibu/bapa/penjaga hendaklah mempunyai cop sekolah.

7. Bilangan murid di dalam sebuah kelas prasekolah arus perdana adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.Tiada istilah menumpang di kelas prasekolah.

8. Prasekolah akan mengeluarkan surat jawapan lulus/gagal kepada penjaga murid yang terlibat dan pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke prasekolah bagi murid yang lulus.

9. Surat pemberitahuan permohonan berjaya /tidak berjaya akan dikeluarkan selewatnya pada 31 Oktober 2014

* Sila sertakan dokumen seperti dibawah semasa membuat pendaftaran:-

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-

 1  Salinan surat beranak

1.Salinan bil elektrik / telefon / air ( bukti alamat )

2.Salinan kad pengenalan ibu dan bapa

3.Sampul suratbertingkap warna putih ( 4” x 9” ) dan setem 80 sen atau RM 1.50 ( untuk kos Setem & sampul surat boleh dibeli di pejabat sekolah semasa pendaftaran )

4.Sijil anak angkat (sekiranya berkaitan)

5.Salinan penyata pendapatan / slip gaji ibu bapa / penjaga

Sebarang pindaan tertakluk arahan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan

Masa pendaftaran :

Isnin hingga Khamis ( 8.30 pagi – 4.00 petang )

Rehat                      ( 1.00 petang – 2.00 petang )

Jumaat                    ( 8.30 pagi – 4.00 petang )

Rehat                      ( 12.15 tengahari – 2.45 petang )

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JULAI 2014

 

 

 

18 Responses to Permohonan Kemasukan Murid PraSekolah 2015

  1. /1408 says:

    /1408

    This is a Permohonan Kemasukan Murid PraSekolah 2015 | Sekolah ……, and I like Permohonan Kemasukan Murid PraSekolah 2015 | Sekolah ….

    • Khaty says:

      Assalam,
      Sekiranya permohonan gagal, apa perlu saya lakukan ? Dan adakah sekolah lain yang boleh saya mohon untuk PRA anak saya memandangkan kos untuk menghantar anak bersekolah di sekolah swasta terlalu tinggi?

  2. Rose Rizal Bin Abd Mukti says:

    Adakah pendaftaran ini masih dibuka sekarang.Sila maklomkan dengan kadar yang segera di emel saya.Atas sebab ingin mendaftarkan anak pada penggal 2015.Kelewatan disebabkan baru berpindah ke kuala lumpur pada September 2014.Sekian Terima kasih.

    • Editor Sk Wangsa Melawati says:

      UNTUK MAKLUMAN TUAN PENDAFTARAN PRS SEKOLAH BAGI SESI 2015 TELAH PUN DI TUTUP.TETAPI BAGI PENDAFTARAN TAHUN 1/2015 MASIH DI BUKA SEHINGGA 31 DISEMBER 2014.

  3. Ruzidahayu Mohamad Sayuti says:

    Assalam.
    Admin SK Wangsa Melawati,
    Bagaimana cara untuk mengetahui bahawa anak saya telah didaftarkan di dalam sistem bagi sesi persekolahan 2015?
    Untuk info, saya telah membuat pendaftaran di SK Wangsa Melawati sekitar Ogos 2014 (pendaftaran lewat) disebabkan kami baru berpindah ke kuala lumpur.
    Mohon maklum balas pihak tuan bagi menyemak status permohonan tersebut. berikut adalah butiran anak saya:

    Nama: Muhamad Al Fieras Bin Muhamad Fathir
    MyKid: 080717-14-0581

    Terima kasih.

    • Editor Sk Wangsa Melawati says:

      SALAM

      UNTUK PENGETAHUAN PUAN,PENDAFTARAN DI DALAM SISTEM TELAH DILAKSANAKAN OLEH PIHAK PENTADBIR DAN DIKATEGORIKAN SEBAGAI “PENDAFTARAN LEWAT”.

      UNTUK MAKLUMAN PUAN,PIHAK SEKOLAH HANYA MENDAPAT SENARAI BERSEPADU SAHAJA DAN SURAT KELULUSAN PENEMPATAN TAHUN SATU 2015 TELAH DI POS KAN OLEH PIHAK JABATAN PENDIDIKAN MELALUI ALAMAT YANG DIDAFTARKAN.

      SEKIRANYA TELAH MENERIMA,SILA MEMBUAT TINDAKAN SEGERA DENGAN MEMBAWA SIJIL KELAHIRAN ASAL BERSERTA SURAT TERSEBUT KE SEKOLAH.

      SEKIAN..TK

  4. Ng Siew Yoke says:

    Saya ingin daftarkan anak ke prasekolah 2015. daftaran telah tutup, apa boleh saya buat untuk masukan dia? Adakan daftar lewat boleh diuruskan?

  5. nurmina bte saliman says:

    saya dah daftar anak saya di prasekolah sk pandan indah,tapi anak saya di tolak kerana tak memanuhi syarat katanya padahal kedua-dua abangnya belajar di sekolah itu,lepas tu mereka memberi surat penolakkan,last minit maksud saya semua sekolah sudah mau tutup.jadi boleh tak bagi alamat prasekolah yang masih ada kosong area lembah maju.seperti sk taman mudah masih ada kosong ke prasekolahnya.tolong bagitau saya secepatnya kalau boleh.anak saya tahun depan sudah 6 tahun

  6. nurzaliza binti mohd yasin says:

    saya dah memohon pendaftaran pra sekolah anak tahun 2015,tpi saya telah leat menghantar borang adakah anak saya diterima?dan bila kah surat pengesahan sekolah akan pos kepada pihak ibu bapa.saya amat risau.anak aya tahun hadapan 5 tahun(2015)saya berharap pihak tuan dapat meluluskan persekolahan anak saya kerana saya seorang suri rumah tangga,dan suami hanya buruh kasar…

  7. Diya Zainuddin says:

    Saya sudah buat pendaftaran pra sekolah utk nak saya…pelik nya pihak pengurusan minta bayaran RM50.tp sampai sekarang saya belum terima apa2 surat dari kementerian pelajaran/pihak sekolah samada lulus/gagal…..

    • Editor Sk Wangsa Melawati says:

      Assalamualaikum

      Puan diharap dapat memaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah berkenaan isu meminta bayaran RM50 tersebut.
      Mohon hubungi mana-mana dari nombor berkenaan:
      017 4406485 – guru Pra sekolah
      03-41438188 – Guru Besar atau Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum
      Maaf kerana lewat memberikan respon.

      Terima kasih

  8. Hally Awol says:

    Adakah saya masih boleh mendaftarkan anak saya ke sekolah prasekolah pada bulan ini…tahun ini dia akan genap 5 tahun dia lahir 2010 bulan 9.

  9. ema rahman says:

    pendaftaran prasekolah untuk tahun 2016 da buka ke.. sehingga bila ya..terima kasih

  10. Ratiga Ramasamy says:

    hai .
    Just an idea if can pls upload all stander time table .
    It will be more comfortable for parents .
    Thanks.

  11. Mohamad muzamir says:

    Untuk makluman…
    Pendaftaran pra sek adalah sehingga 31 julai 2016…
    Tiada pendaftaran lewat…
    Tempat yang di sediakan hanya untuk 25 orang murid bertaraf warganegara malaysia..
    Pemilihan berdasarkan pendapatan ibu bapa dan keutamaan juga pada anak2 berumur 6 tahun pada 2017…
    Harap maklum

  12. khairiah says:

    Salam..saya dah dpt klulusan daripada pihak sekolah utk mndaftar anak saya prasekolah kemas..saya cume nak tahu kos segala pendaftaran,buku dan perbelanjaan untuk kemasukan kemas anak saya tu anggaran berapa ye? ?

  13. Nur dania amira sofea binti abdul rahman says:

    anak saya lahir pd sept 2012 kalau ikut tahun sudah berumur 5thn..saya baru pindah keshah alam seksyen 28..adakah ruang utk rayuan prasekolah tksh ( email saya ada problem tlg balas diruangan ini ya)t.ksh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *