Daily Archives: November 20, 2013

Keputusan UPSR 2013

Pada peperiksaan UPSR 2013 yang lalu SK  Wangsa Melawati telah mendapat  tempat ke 11 di antara 198 buah sekolah dalam Wilayah Persekutuan dan tempat ke 4 di dalam zon keramat. Gred purata sekolah (GPS) pada tahun ini adalah 1.72 berbanding 1.86 pada tahun 2012, ini adalah pencapaian terbaik SK Wangsa Melawati dalam tempoh 5 tahun. Murid cemerlang yang mendapat 5A pada tahun ini adalah seramai 20 orang.

Berikut adalah serba sedikit gambaran keputusan UPSR 2013 secara keseluruhan.
( Lihat catatan di bawah )
1456055_10200170733111554_1898411665_n

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya, terima kasih kepada semua warga pendidik SK Wangsa Melawati atas segala kerja keras serta usaha yang tidak berbelah bagi demi kecemerlangan anak-anak SK Wangsa Melawati. Jutaan tahniah juga kepada semua Ibubapa yang telah memberikan kerjasama selama ini.

1424538_10200174642289281_1090046278_n