Category Archives: Aktiviti Sekolah

Program Jalinan Mesra Linus dihatiku

Satu bengkel program Linus telah dianjurkan bagi membantu ibubapa yang mana anak mereka terlibat dalam LINUS. Moga program sebegini dapat membantu ibubapa memantau anak yang terlibat. Terima kasi pada semua yang terlibat termasuk kehadiran pegawai dari Jabatan PPWK.

          

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah

Tanggal 3hb Februari 2017 telah diadakan Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Briget Bistari dan Pembimbing Rakan Sebaya Sk Wangsa Melawati. Diucapkan tahniah kepada semua murid-murid yang telah dilantik dan moga dapat menjalankan tugas dengan amanah serta bertanggung jawab.

            

Pasukan Pandu Puteri Tunas

Pada 18 hb Januari 2017, Pasukan Pandu Puteri Tunas SK Wangsa Melawati telah menyertai Mesyuarat Kepimpinan Pandu Puteri Tunas Kebangsaan di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Sekolah kita telah diwakili oleh 11 orang murid bersama cikgu pengiring Puan Hazila dan acara ini telah direkodkan dalam Malaysia Book of Records.