Teater Waaqimussholah

Teater Waaqimussholah, Karya Cikgu Azmizi Zakaria mantan Cikgu Music/teater SK Wangsa Melawati telah berjaya dipentaskan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya. PIBG SK Wangsa Melawati selaku penerbit sepenuhnya pada pementasan teater pada tahun ini. Dengan gabungan anak-anak teater dari sekolah seluruh Kuala Lumpur dan didikan cikgu-cikgu sekolah yang begitu dedikasi dan komited maka terhasillah karya kali ini.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat. Penghargaan buat murid-murid, cikgu-cikgu, tenaga pengajar, Team Produksi, Pentadbir dan Kakitangan SK Wangsa Melawati, JPWKL, PIBG dan KSIB SK Wangsa Melawati. Tidak dilupakan kepada penaja-penaja serta rakan-rakan usahasama …Universiti Malaya, Masjid Al-Mutaqqin Wangsa Melawati, Dato Jawaher Ali serta rangkaian Restoran Ali Maju, TNB, ATM, Cetak.com dan orang perseorangan yang menyumbang. Moga Pementasan Teater Waaqimussholah ini dapat mencapai matlamatnya.

     

 

Pencapaian UPSR 2016

Sekalung Tahniah dan syabas kepada murid-murid tahun 6 2016 yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2016. Berhadapan dengan format baru 6A dan menghadapi soalan KBAT tidak mengganggu penumpuan murid-murid SK Wangsa Melawati. Pencapaian terbaik sekolah keseluruhan dalam zon Keramat dengan 9 orang mendapat 6 A.

Tahniah dan syabas kepada Pentadbir, Cigku-Cikgu, Murid-Murid Tahun 6, Ibubapa dan PIBG yang menjadikan kecemerlangan buat SK Wangsa Melawati. Moga kejayaan ini dapat diteruskan di masa hadapan. Muafakat membawa berkat ! .

 

 

Majlis Anugerah Cemerlang 2016

16 hb November 2016 SK Wangsa Melawati telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam Akedemik. Sambutan kali ini juga bertambah meriah dengan mengadakan penganugerahan kepada murid-murid yang berjaya di dalam Kokurikulum.

Majlis Telah dirasmikan oleh YB. Senator Datuk Seri Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Samad, yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Parlimen Malaysia dan disertai oleh Dato Jawaher Ali.