PIBG

PIBG SK WANGSA MELAWATI adalah satu pertubuhan yang dianggotai secara sukarela oleh IbuBapa dan Guru. AJK yang dipilih perlu menitikberatkan ciri-ciri keikhlasan, pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga. Fungsi PIBG SK WANGSA MELAWATI ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan anak-anak yang belajar di sini. Selain dari itu juga PIBG juga berperanan mencari sumbangan dari ahli dan orang ramai samada berbentuk wang, material maupun tenaga bagi faedah murid-murid.

PIBG SK WANGSA MELAWATI merupakan satu badan berdaftar, berperlembagaan dan diiktiraf oleh kerajaan. Semua ibu bapa dan guru di sekolah ini merupakan ahli PIBG SK WANGSA MELAWATI. AJK PIBG SK WANGSA MELAWATI dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan & menjalankan tugas dan amanah secara sukarela serta perlu menitikberatkan keikhlasan, keterbukaan dan pengorbanan.

 

 

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) SESI 2017/2018

PENASIHAT : Puan Rosita binti Abu Bakar
YANG DIPERTUA PIBG : Encik Rusli bin Arshad
NAIB YANG DIPERTUA PIBG : Encik Nordin bin Mohd Saad
SETIAUSAHA KEHORMAT : Puan Suhana binti Deris
BENDAHARI KEHORMAT : Puan Raihanah binti Sahari

AJK GURU :

Puan Saidatu’ Arpah binti Hassan
Puan Rafiza binti Ramli
Puan Ruslidah binti Mahmood
Encik Mohd Faizal bin Ibrahim
Encik Mohammad Hizami bin Khorudin

AJK IBU BAPA :

Haji Ghazanee bin Ghazalee
Encik Masriszuan bin Rosli
Encik Mohd Nasrul bin Mukhtar
Encik Azara’ai bin Azizan
Puan Linda Raha binti Ahmad
Puan Umikalsum binti Mat Lia

JURUAUDIT 1 : Encik Helmy Murad bin Harun Rasit
JURUAUDIT 2 : Puan Siti Salwiyah binti Dula

 

 

 

SARANA PIBG

Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat kebangsaan dilancar pada tahun 2013 sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah.

Terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.

Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

Maklumat lengkap mengenai Sarana PIBG dan Sarana Sekolah boleh diperolehi dengan melayari jalinan (link) dibawah :

http://www.skwangsamelawati.com/wp-content/uploads/saranaibubapa.pdf

http://www.skwangsamelawati.com/wp-content/uploads/saranasekolah.pdf