Profil Sekolah

pic-school2    lencana

Blok utama SK Wangsa Melawati                                        Lencana Sekolah

Alamat : Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati Jalan Genting Klang , Kuala Lumpur. Malaysia .
Kod Sekolah : WBA0062
Telefon : 603 41438188
Fax : 603 41435523
Jumlah Guru : 57
Jumlah Kakitangan Sokongan : 6
Jumlah Murid : 601

VISI 

” Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang ”

MISI

” Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti ”

MATLAMAT

Melahirkan Bangsa Malaysia Yang Taat Setia Dan Bersatupadu.
Melahirkan Insan Yang Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketrampilan Dan Sejahtera.
Menyediakan Sumber Tenaga Manusia Untuk Keperluan Dan Kemajuan Negara.
Memberi Peluang-Peluang Pendidikan Kepada Semua Warga Malaysia.

MOTO SK WANGSA MELAWATI

” Membudayakan Kecemerlangan ”

LAGU SEKOLAH

Tersergam indah sekolah kami
Sekolah Wangsa Melawati
Ilmu dituntut setiap hari
Tanpa jemu membina diri

Perintah guru kami patuhi
Ibu bapa diteladani
Berdisiplin berakhlak mulia
Agar tercapai cita-cita

Semangat waja gigih berusaha
Membela bangsa dan negara
Cemerlang dalam segala bidang
Sama menuju wawasan

Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati
Menjadi kebangaan kami
Sentiasa ceria dan harmoni
Namamu disanjungi

Bersyukur kami pada Tuhan
Segala rahmat dikurniakan
Maju berjaya jadi harapan
Menuju kecemerlangan