Tag Archives: guru

Garis Panduan Guru

KEHADIRAN BERTUGAS

1.  Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sokongan dan para pelajar hendaklah berada di sekolah lima minit sebelum sekolah bermula.  Bagaimana pun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.

2.  Masa bertugas guru adalah seperti berikut

a) Sesi pagi

Isnin                                            : 7.25 pagi – 1.00 petang*

Selasa, Rabu dan Khamis             : 7.25 pagi – 1.40 petang

Jumaat                                         : 7.25 pagi – 12.15 tengah hari

b) Sesi petang

Isnin                                             : 12.30 tengah hari – 6.45 petang

Selasa, Rabu, Khamis                   : 12.45 tengah hari – 6.45 petang

Jumaat                                         : 2.00 petang – 6.45 petang

3.  Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.

4.  Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan sekolah.

5.  Peraturan ketetapan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan murid.

6.  Jadual waktu untuk proses pembelajaran  dan relief mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.

7. Guru hendaklah berada di kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar.

8.  Guru yang tidak dapat hadir ke sekolah atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab wajar      kepada pihak sekolah secepat mungkin.

9.   Guru juga diwajibkan untuk menghadiri mesyuarat yang diadakan tepat pada masanya.

10.  Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

11.   Semua guru juga diwajibkan menghadiri sebarang majlis atau acara rasmi sekolah.

KEPATUHAN TUGAS

1.  Semua guru dan kakitangan hendaklah “punch card” kehadiran di perakam waktu di pejabat. Guru dilarang sama sekali “punch card” untuk orang lain.

2.  Guru dan kakitangan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa keizinan Guru Besar terlebih dahulu.

3.  Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan memberi penjelsan  kelewatan itu.

4.  Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar sehari selepas cuti sakit tersebut.

5.  Dalam melindungi masa Instrukstional,guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa P & P kecuali dengan mendapat kebenaran dari Guru Besar terlebih dahulu.

6.  Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali ianya perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari KPM, JPWPKL atau PPW Keramat dan dengan syarat mendapat kebenaran dari pihak pentadbir.

7.  Guru dikehendaki mencatat atau mengisi buku rekod keluar Rasmi setelah mendapat kebenaran dari pihak pentadbir.

8.  Guru bertanggungjawab menyediakan kerja bertulis atau tugasan kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah (kursus, seminar, dsbnya) melalui guru relief atau Penolong Kanan.

9.  Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Kejohanan Olahraga, Majlis Anugerah Cemerlang, Mesyuarat Agung PIBG untuk mengawasi para pelajar;  melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan disamping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut.

10.  Para guru yang ditetapkan mengawasi kegiatan ko-kurikulum, mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

TUGAS

1. Guru diberi tugas berbentuk kurikulum, ko-kurikulum dan pentadbiran mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan penuh tanggungjawab.

*  Masuk kelas tepat pada masanya

*  Merancang P & P yang berkesan sebelum masuk ke kelas – buku persediaan mengajar perlu dibawa setiap kali masuk ke kelas.

*  Prihatin dan peka dengan keadaan pelajar – tegur pelajar yang tidak beri tumpuan atau masuk/lewat ke kelas.

*  Aktiviti persatuan, sukan dan uniform perlu dirancang setiap minggu secara bergilir-gilir

*  Hadir mesyuarat tepat pada masanya.

2.  Semua aktiviti luar dari bilik darjah hendaklah dirancang dengan teliti, disertakan kertas kerja dan mesti mendapat kelulusan dari Guru Besar sebelum dilaksanakan.

3.  Semua pembelian mesti mendapat kelulusan samada Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, GPK HEM atau GPK Ko-kurikulum.

4.  Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

5.  Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan / arahan misalnya menghadiri mesyuarat mesti mematuhinya dan tidak boleh mengarahkan orang lain untuk menggantikannya tanpa pengetahuan Guru Besar.

6.  Semua butiran dalam buku rekod persediaan mengajar hendaklah disempurnakan dengan teliti dan hendaklah diserahkan pada hari Jumaat untuk ditandatangani oleh Guru Besar / Penolong Kanan.

TUGAS AKADEMIK GURU

1.  Guru hendaklah menunjukkan sikap professional dan budaya kerja yang bermutu tinggi.

2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Guru Besar atau Ketua Panitia masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.

3.  Ketua Panitia diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian , buku kerja dan lain-lain diperiksa dengan teliti.

4.  Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalamkelas kecuali kecuali guru itu mengawasi kerja murid di meja murid itu sendiri.

5.  Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti ketika itu hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Pengajaran itu mestilah disikan dengan kerja-kerja yang memberi faedahkepada pelajar.

6.  Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu terluang (tidak mengajar) adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru berkenaan menggunakan waktu itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.

7.  Waktu luang  guru hendaklah disi dengan membuat persiapan P&P seperti membaca buku tambahan, menulis ringkasan mengajar, menyediakan ABM dan memeriksa buku latihan murid.

8.  Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan murid-murid yang bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

PERHIMPUNAN SEKOLAH

1.  Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah tepat pada masanya (sebelum 7.25 pagi).

2.  Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.

3.  Guru-guru bertugas dikehendaki datang lebih awal bagi memastikan pelajar bersedia tepat pada masanya.

4.  Guru bertugas mingguan dikehendaki member nasihat yang bernas semasa perhimpunan.

5.  Semua guru diminta menunjukkan perlakuan yang baik ( tidak berbual-bual, tidur dsbnya) kerana ketika itu tumpuan murid adalah kepada guru yang dianggap role model.

PAKAIAN

1.  Guru dan Staf Sokongan sebagai  Penjawat Awam tertakluk kepada Peraturan Berpakaian Penjawat Awam semasa menjalankan tugas rasmi dan semasa berada di kawasan bertugas itu. (Sila rujuk SPI Bil. 6/1985).

2.  Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa bertugas di sekolah.

3.  Guru hendaklah memakai pakaian yang sesuai semasa aktiviti Ko-kurikulum terutama di padang. Guru tidak dibenarkan berselipar dan bagi guru perempuan, baju-T berlengan pendek tidak dibenarkan.

4.  Pakaian formal hendaklah dipakai semasa upacara rasmi sekolah. Pakaian guru hendaklah kemas, sesuai dengan profesyen keguruan dan masyarakat timur.

6.  Guru lelaki hendaklah mempunyai potongan rambut yang tidak melebihi kolar baju. Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas.

7.  Guru PJK dibolehkan memakai pakaian PJK sepanjang hari sehingga balik.