Tag Archives: mesyuarat

Mesyuarat Penubuhan KSUB

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat penubuhan Kumpulan Sokongan Ibubapa akan diadakan pada

Tarikh : 9 November 2013
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Bestari, SK Wangsa Melawati.

Kehadiran Ibubapa amat digalakkan bagi menjayakan program KSUB ini.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan SU PIBG atau mana-mana AJK PIBG.

 

Sekian harap maklum

Laporan Mesyuarat Agung PIBG ke 18

Mesyuarat Agung PIBG SK Wangsa Melawati Kali Ke-18 iaitu sesi 2013/2014 berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 8.00 pagi ibu bapa telah membuat pendaftaran di dewan sekolah walaupun pada awalnya kehadiran amat kurang pada awal pagi namun ianya bertambah selepas jam 9.00 pagi. Ceramah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Pn Azlina bt Abdullah pegawai PBS JPWP telah disampaikan pada hari tersebut sebagai satu acara bagi memeriahkan majlis. Ceramah yang disampaikan amat berguna dan dapat memberikan maklumat lengkap serta tepat berkaitan dengan PBS.

Mesyuarat Agung dimulakan  bacaan doa oleh Ust. Muhamad Hasif diikuti ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SK Wangsa Melawati, Mohamad Muzamir Mohamad Yusof selaku penasihat PIBG dan kemudiannya ucapan perasmian oleh Encik Najib selaku Timbalan Pegawai Pelajaran Wilayah Keramat. Beliau selepas itu merasmikan Mesyuarat Agung kali ke 18 ini serta melancarkan ‘Laman Sesawang’ SK Wangsa Melawati.

Seterusnya majlis berhenti rehat untuk semua tetamu termasuk vip, ibubapa dan guru-guru menjamu selera dengan pelbagai juadah ringkas yang disediakan oleh pihak urusetia majlis. Selesai jamuan ringkas sesi cabutan bertuah telah diadakan dengan jayanya.

Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan ringkas dari YDP PIBG 2012/2013, Dato’ Shamsudin b Ismail dan seterusnya membentangkan agenda mesyuarat satu persatu. Setelah selesai semua agenda, perbincangan, soal jawab ibubapa dan Ahli jawatan kuasa PIBG 2012/2013 … dengan rasminya YDP membubarkan ahli jawatan kuasa sedia ada dan memberikan laluan kepada Guru Besar SK Wangsa Melawati untuk menjadi Pengerusi majlis. Guru Besar telah mengetuai proses perlantikan Ahli jawatan kuasa PIBG bagi sesi 2013/2014 dengan melantik YDP dan NYDP dan seterusnya AJK Ibubapa dan Guru.

Dato’ Shamsudin bin Ismail sekali lagi diamanahkan untuk menerajui PIBG SK Wangsa Melawati sebagai YDP bagi tahun 2013/2014 yang akan dibantu oleh En Zainol Abidin bin Abd Halim sebagai NYDP, Pn Siti Hajar bt Husain selaku SETIAUSAHA dan Pn Nik Nisal Asmafizan bt Nik Idris selaku BENDAHARI. Majlis diteruskan dengan perlantikan AJK dikalangan ibubapa dan juga AJK dari pihak Guru. Gabungan AJK baru dan lama telah dipilih pada kali ini, semoga
tanggungjawab yang diamanahkan dapat disempurnakan dengan jayanya. Tahniah!

Dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014 tersebut maka sempurnalah Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Wangsa Melawati kali ke-18 ini dan semoga mesyuarat Agung PIBG akan datang lebih meriah dan mendapat sambutan dari kalangan ibubapa … insya allah

 

* Gambar / Ceramah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

69237_538597602828582_17085204_n  402833_538597192828623_166303251_n

734929_538599939495015_993310611_n  521319_538599206161755_1350235600_n

 

* Gambar / Encik Najib merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 18

487911_538601486161527_1856242731_n  312349_538601609494848_531303521_n 382331_4056944042326_2060576515_n  420314_538601672828175_759806924_n

 

* Gambar / Encik Najib melancarkan Laman sesawang www.skwangsamelawati.com

11413_538601119494897_2127320649_n  33969_538601139494895_601330407_n

 

* Gambar / Sekitar Majlis Mesyuarat PBG kali ke 18 

1902_538603459494663_2097801670_n 602050_538604462827896_822034998_n 563404_4056790398485_384749122_n 521368_4056814439086_582086797_n 377691_538603592827983_1830042877_n 402838_538601759494833_767069603_n 482637_4056835239606_184421722_n 485240_4056634394585_231293369_n 285265_538602396161436_2101318698_n 226955_538602576161418_128705538_n 64730_538603352828007_96093629_n 32140_538604499494559_1952904517_n 10975_538603659494643_585602825_n 542692_538598889495120_1653918959_n