Tag Archives: murid tahun 1

Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2015/2016

Ibu bapa / Penjaga,
SK. Wangsa Melawati,
Kuala Lumpur.

Dato’, Datin, Tuan, Puan,

PENDAFTARAN PENEMPATAN KANAK-KANAK WARGANEGARA KE TAHUN  SATU (SECARA ONLINE DI DAFTARKAN OLEH PENTADBIR SEKOLAH SAHAJA ) MENGGUNAKAN SISTEM APDM SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 DAN 2016          

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk..

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran kanak-kanak masuk ke sekolah akan dijalankan di SK. Wangsa Melawati bagi kanak-kanak yang berikut :

2.1.      Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2008 hingga 1.1.2009 untuk kemasukan

Sesi Persekolahan Tahun 2015.( tarikh tutup seperti di bawah )

2.2.      Kanak-kanak yang dilahirkan pada 2.1.2009 hingga 1.1.2010 untuk

kemasukan Sesi Persekolahan Tahun 2016. ( tarikh tutup sehingga tahun 2015 dan akan diberitahu kelak )

3.         Gerakan pendaftaran akan dijalankan seperti ketetapan berikut :

Sesi Pertama (PENDAFTARAN BIASA)
Tarikh             :           01 Mac 2014 hingga 30 April 2014
Hari                 :           Isnin hingga Khamis ( Waktu Rehat, 1.00 petang – 2.00 petang
                                     Jumaat ( Waktu Rehat, 12.15 tgh – 2.45 petang )
Masa Pendaftaran     :  8.00 pagi – 4.00 petang (Pendaftaran dan Borang pendaftaran boleh           didapati di pejabat sekolah)

Sesi Kedua (PENDAFTARAN LEWAT)

Tarikh             :           02 Mei 2014 hingga 30 Oktober 2014
Hari                 :           Isnin hingga Khamis ( Waktu Rehat, 1.00 petang – 2.00 petang )
                                     Jumaat ( Waktu Rehat, 12.15 tgh – 2.45 petang )
Masa Pendaftaran     :  8.00 pagi – 4.00 petang ( Pendaftaran dan Borang pendaftaran boleh didapati di pejabat sekolah )

4.         Adalah diingatkan bahawa pendaftaran ini, hanya merupakan satu proses pendaftaran kanak-kanak untuk memasuki sekolah.  Penempatan murid bergantung kepada kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5.         Peraturan pendaftaran :

5.1.        Dokumen yang perlu dibawa oleh ibubapa / penjaga kanak-kanak ketika membuat pendaftaran.

5.1.1.    Sijil Kelahiran Asal Kanak-kanak dan 1 salinan fotostat.

5.1.2.    Bukti alamat tempat tinggal ( atas nama ) -( bil elektrik / air / telefon / cukai pintu / cukai tanah ) untuk tahun semasa.

5.1.3      Salinan surat beranak bagi ada abang / kakak yang belajar di sekolah ini.

5.1.4      Salinan Kad Pengenalan ibu / bapa.

5.1.5      Sampul suratbertingkap (4” x 9”) berwarna putih dan setem       80 sen.

6.          Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap semoga makluman yang diberi

mendapat perhatian dan tindakan Dato’, Datin, Tuan, Puan.

Sekian. Terima kasih.

Program Menjaga Kesihatan Gigi

Bagi mengurangkan kadar kerosakan gigi berlaku kepada murid-murid Sk Wangsa Melawati, satu program didikan diperingkat awal iaitu tahun 1 diadakan. Melalui program ini murid-murid akan disyorkan supaya menggosok gigi selepas waktu rehat dan ianya dilakukan sekali dalam seminggu pada permulaan.

Suatu langkah positif agar murid-murid lebih peka dan dapat menjaga kesihatan diperingkat awal.

405630_3975835694668_702467601_n 529562_3975834454637_786345241_n