Tag Archives: Pra sekolah

Permohonan Kemasukan Murid PraSekolah 2015

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PRASEKOLAH TAHUN 2015

1. Kanak-kanak yang mepunyai status Warganegara Malaysia Sahaja.

2. Terbuka untuk murid-murid berumur 5 & 6 tahun (Keutamaan untuk murid 6 Tahun)

3. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang ibu/bapa/penjaga berpendapatan rendah.

4. Permohonan kemasukan Program Pendidikan Prasekolah tahun 2015 akan dibuka mulai 1 April 2014 sehingga 31 Julai 2014.

5. Borang permohonan boleh dimuat turun borang prasekolah 2015  atau melalui portal Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan( http://jpwpkl.moe.gov.my) serta  di Pejabat Sekolah.

6. Setiap borang yang diberikan kepada ibu/bapa/penjaga hendaklah mempunyai cop sekolah.

7. Bilangan murid di dalam sebuah kelas prasekolah arus perdana adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.Tiada istilah menumpang di kelas prasekolah.

8. Prasekolah akan mengeluarkan surat jawapan lulus/gagal kepada penjaga murid yang terlibat dan pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke prasekolah bagi murid yang lulus.

9. Surat pemberitahuan permohonan berjaya /tidak berjaya akan dikeluarkan selewatnya pada 31 Oktober 2014

* Sila sertakan dokumen seperti dibawah semasa membuat pendaftaran:-

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-

 1  Salinan surat beranak

1.Salinan bil elektrik / telefon / air ( bukti alamat )

2.Salinan kad pengenalan ibu dan bapa

3.Sampul suratbertingkap warna putih ( 4” x 9” ) dan setem 80 sen atau RM 1.50 ( untuk kos Setem & sampul surat boleh dibeli di pejabat sekolah semasa pendaftaran )

4.Sijil anak angkat (sekiranya berkaitan)

5.Salinan penyata pendapatan / slip gaji ibu bapa / penjaga

Sebarang pindaan tertakluk arahan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan

Masa pendaftaran :

Isnin hingga Khamis ( 8.30 pagi – 4.00 petang )

Rehat                      ( 1.00 petang – 2.00 petang )

Jumaat                    ( 8.30 pagi – 4.00 petang )

Rehat                      ( 12.15 tengahari – 2.45 petang )

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JULAI 2014

 

 

 

Majlis Perasmian Mini Perpustakaan Pra Sekolah

Pada hari Khamis 5 September 2013, Pengetua SK Wangsa Melawati En Mohamad Muzamir Mohamad Yusof telah merasmikan pembukaan Mini Perpustakaan Pra Sekolah. Dengan adanya mini perpustakaan ini diharap dapat membantu anak-anak di Pra Sekolah serta tenaga pengajar bagi mendapatkan sumber pembelajaran yang lebih baik.

1235408_10200100807843321_1146523212_n 540092_10200100818683592_2063067899_n 1173717_10200100822723693_1866053098_n 1173759_10200100819003600_785950998_n 1175176_10200100820323633_1261651821_n 1185521_10200100822083677_1268214012_n 1186152_10200100817683567_1208136180_n 1238764_10200100818363584_1792926687_n

1001595_10200100815243506_412995500_n 1175111_10200100821443661_1082915729_n1186291_10200100816163529_501975752_n 544893_10200100819283607_1571936833_n