Category Archives: Muat Turun

Petikan Akhbar 09 September 2014

Ibu bapa harus terlibat secara langsung didik anak – Idris

ws_03.1

MELAKA 9 Sept. – Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak meletakkan tanggungjawab mendidik anak mereka sepenuhnya kepada warga guru semata-mata sebaliknya perlu melibatkan diri secara langsung bagi memastikan negara dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dalam semua aspek.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, sokongan keluarga merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar kerana proses pembelajaran memerlukan tempoh masa yang panjang dan tidak cukup jika ia hanya berlaku di sekolah.

Menurutnya, pendidikan sebenarnya bermula dari rumah dan sekolah serta warga pendidik adalah pelengkap kepada bidang berkenaan bagi mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan yang pelbagai.

“Kecemerlangan pendidikan anak-anak bukan sahaja tanggungjawab sekolah atau guru, tetapi juga ibu bapa perlu memainkan peranan demi menentukan tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.

“Keakraban serta semangat kerja berpasukan dan bersepadu antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan golongan ibu bapa adalah sangat perlu untuk menjayakan agenda kecemerlangan mutu pendidikan anak di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) negeri Melaka, Dewan Bistari, Ayer Keroh, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk M.S. Mahadevan.

Idris berkata, kerajaan sentiasa meletakkan bidang pendidikan sebagai keutamaan kerana yakin bahawa dengan bidang itu negara akan lebih maju dan berdaya saing serta diiktiraf di persada dunia.

Beliau berkata, generasi kini adalah pewaris kepimpinan negara jadi bidang pendidikan adalah medium utama ke arah mempersiapkan pelajar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang mampu mentadbir negara dengan baik.

“Kepentingan dalam pendidikan dapat dilihat dengan jelas apabila peruntukan terhadap perbelanjaan bidang pendidikan mencatatkan jumlah yang tinggi setiap kali belanjawan negara dibentangkan,” katanya.

Tambahnya, dengan segala insentif dan kemudahan yang disediakan kerajaan, tidak lagi timbul alasan kekangan kewangan yang membolehkan bidang pendidikan ini diabaikan.

Sumber : Utusan Malaysia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20140910/ws_03/Ibu-bapa-harus-terlibat-secara-langsung-didik-anak—Idris#ixzz3CsRXY300

Pementasan Semarak Teater – Antara Dua Darjat

Marilah ramai-ramai menyaksikan persembahan Semarak  Teater   “Antara Dua Darjat” pada :

Tarikh : 24 April 2014
Masa : 8.30 – 10.00 Malam
Tempat : Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka

*Masuk adalah percuma

teater

Makluman Penting

BERDASARKAN KEADAAN JEREBU YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN,PIHAK SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MELAWATI AKAN MENGAMBIL LANGKAH 2 SEPERTI BERIKUT :

1)       SETIAP ORANG MURID AKAN DIBEKALKAN TOPENG MUKA MULAI ESOK 14 MAC 2014.

2)       MENGHENTIKAN DAN MEMBATASKAN SEGALA AKTIVITI LUAR SEHINGGA KEADAAN MENGIZINKAN.

3)       BAGI IBU BAPA/PENJAGA YANG BIMBANG AKAN  KEADAAN KESIHATAN ANAK BOLEH MEMPERTIMBANGKAN UNTUK      TIDAK MENGHANTAR ANAK  BERSEKOLAH.

4)       PIHAK SEKOLAH JUGA INGIN MENASIHATI DAN MENGGALAKKAN IBU BAPA/PENJAGA MENGAMBIL LANGKAH MEMBEKALKAN  AIR MINUMAN KEPADA ANAK MASING-MASING.

PIHAK SEKOLAH AKAN SENTIASA MEMANTAU PERKEMBANGAN JEREBU DAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH YANG SEWAJARNYA UNTUK MEMASTIKAN KESIHATAN ANAK ANAK SK WANGSA MELAWATI BERADA DALAM KEADAAN BAIK

 

GURU BESAR, SK WANGSA MELAWATI