Tag Archives: ibubapa
Majlis Majlis Sambutan Hari Raya 2016
Sk Wangsa Melawati telah mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada penghujung bulan Julai. Sambutan kali ini pertama kalinya menjemput semua warga Sk Wangsa Melawati termasuk ibubapa turut serta merayakan Aidil Fitri kali ini.
Program gotong royong @REWANG bagi menyediakan makanan serta juadah telah diadakan. Dengan tema ‘mari bersilaturahim’ akhirnya dapat menambah hubungan erat diantara ibubapa, anak-anak, guru serta pentadbir Sekolah. Alhamdulillah program yang dirancang oleh PIBG ini berjaya mencapai matlamatnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya.
Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB)
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) pada tahun ini telah mengaktifkan pergerakan Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB). Rakan-rakan KSIB yang terdiri dari ibubapa dikendali dibawah setiap biro yang diketuai oleh ajk PIBG, biro akademik, biro kokurikulum, biro kebajikan dan biro prasarana.
Melalui KSIB rakan-rakan bergerak mengikut aliran kelas anak-anak bagi memudahkan pengurusan. Terdapat seramai 60 +- rakan KSIB yang aktif untuk membantu apa jua yang diperlukan oleh pihak Sekolah. Semoga rakan-rakan KSIB Sk Wangsa Melawati yang aktif ini bertambah dari masa ke semasa seiring dengan anjakan ke 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mahu ibubapa dan pihak sekolah dapat bekerjasama demi kecemerlangan sekolah.
Kepada Ibubapa yang masih belum mendaftar sebagai rakan KSIB dan berminat bolehlah menghubungi AJK PIBG yang dilantik.