Tag Archives: murid 2015

Permohonan Kemasukan Murid PraSekolah 2015

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PRASEKOLAH TAHUN 2015

1. Kanak-kanak yang mepunyai status Warganegara Malaysia Sahaja.

2. Terbuka untuk murid-murid berumur 5 & 6 tahun (Keutamaan untuk murid 6 Tahun)

3. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang ibu/bapa/penjaga berpendapatan rendah.

4. Permohonan kemasukan Program Pendidikan Prasekolah tahun 2015 akan dibuka mulai 1 April 2014 sehingga 31 Julai 2014.

5. Borang permohonan boleh dimuat turun borang prasekolah 2015  atau melalui portal Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan( http://jpwpkl.moe.gov.my) serta  di Pejabat Sekolah.

6. Setiap borang yang diberikan kepada ibu/bapa/penjaga hendaklah mempunyai cop sekolah.

7. Bilangan murid di dalam sebuah kelas prasekolah arus perdana adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.Tiada istilah menumpang di kelas prasekolah.

8. Prasekolah akan mengeluarkan surat jawapan lulus/gagal kepada penjaga murid yang terlibat dan pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke prasekolah bagi murid yang lulus.

9. Surat pemberitahuan permohonan berjaya /tidak berjaya akan dikeluarkan selewatnya pada 31 Oktober 2014

* Sila sertakan dokumen seperti dibawah semasa membuat pendaftaran:-

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-

 1  Salinan surat beranak

1.Salinan bil elektrik / telefon / air ( bukti alamat )

2.Salinan kad pengenalan ibu dan bapa

3.Sampul suratbertingkap warna putih ( 4” x 9” ) dan setem 80 sen atau RM 1.50 ( untuk kos Setem & sampul surat boleh dibeli di pejabat sekolah semasa pendaftaran )

4.Sijil anak angkat (sekiranya berkaitan)

5.Salinan penyata pendapatan / slip gaji ibu bapa / penjaga

Sebarang pindaan tertakluk arahan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan

Masa pendaftaran :

Isnin hingga Khamis ( 8.30 pagi – 4.00 petang )

Rehat                      ( 1.00 petang – 2.00 petang )

Jumaat                    ( 8.30 pagi – 4.00 petang )

Rehat                      ( 12.15 tengahari – 2.45 petang )

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JULAI 2014