Tag Archives: sekolah
Ujibakat Semarak Teater WPKL
SK Wangsa Melawati telah menjadi sekolah pengelola bagi Program Semarak Teater Peringkat WPKL untuk Sekolah Rendah dan Menengah.. Seramai 99 org murid telah mengambil bahagian drp 20 buah sekolah rendah dan 117 org murid drp 28 buah sekolah menengah turut menjayakan program ini..
Terima kasih diucapkan kepada AJK Pengelola dan Panel Juri yang telah bertungkus-lumus memastikan program berjalan dengan lancar.
Majlis Watikah Perlantikan Unit Kepimpinan Sekolah
Gambar sempena majlis watikah perlantikan Unit kepimpinan Sekolah SK Wangsa Melawati bagi tahun 2014.
Sekolah Contoh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati telah dianugerahkan sabagai Sekolah contoh PBS yang mana telah diiktiraf oleh jabatan pendidikan. Walaupun sistem PBS masih baru dilaksanakan disemua sekolah, SK Wangsa Melawati begitu komited dalam menyokong perlaksanaan sistem ini.
Pihak SK Wangsa Melawati telah dikunjungi oleh pegawai-pegawai dari kementerian pelajaran untuk membuat pemantauan sejauh mana perlaksaan PBS dijalankan agar ianya berterusan. Diharap dengan sokongan ibubapa, kerja kuat guru-guru serta kakitangan SK Wangsa Melawati dan usaha gigih murid-murid SK Wangsa Melawati akan kekal sebagai Sekolah contoh PBS dimasa hadapan.
Pemantauan program PBS sekolah contoh oleh Pegawai-pegawai yang ditugaskan.
Bilik Seni yang melaksanakan program PBS.