Tag Archives: upsr
Program Motivasi Tahun 6
Murid-murid tahun 6 telah menjalani program motivasi di sekolah bagi memberi semangat serta keyakinan untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini pada asalnya dirancang untuk diadakan di Kem di Kapar Klang, tetapi disebabkan fenomena cuaca panas melampau yang melanda negara ianya tidak dapat diadakan.
Disebabkan keperluan serta pentingnya program motivasi ini pihak sekolah meneruskannya di sekolah. Pakar motivasi dari Kem Kayu Manis Kapar Klang telah dibawa bagi mengendali program motivasi ini selama 2 hari. Di harap dengan adanya program ini murid-murid tahun 6 dapat mengukuhkan jatidiri dan penuh yakin bagi menghadapi upsr 2016.
Makluman bagi Murid Tahun 6
Makluman kepada ibu bapa yang punyai anak yang menduduki ujian UPSR pada tahun 2014,
Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan 2015 (SMKA/KAA/KRK) boleh dibuat sekarang. Sila layari laman sesawang di berikut
** Tarikh tutup 07 Oktober 2014
Liputan UPSR 2013 Sk Wangsa Melawati
Peperiksaan UPSR bagi murid tahun 6 telah berlangsung pada 10 hb September hingga 12 hb september 2013. Pelbagai persiapan telah dilakukan dari awal tahun lagi dan inilah masanya murid-murid tahun akan berjuang bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang. SK Wangsa Melawati juga tidak terlepas dalam mempersiapkan murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan ini.
Guru-guru bertungkus lumus hingga ke saat akhir membantu murid-murid agar mereka berjaya. SK Wangsa Melawati juga berbangga dengan kehadiran pihak RTM yang membuat lintas langsung serta liputan mengenai peperiksaan UPSR didalam slot ‘Selamat Pagi Malaysia’ . Semoga segala persiapan dan kerja keras murid-murid, guru-guru, ibubapa dan pihak sekolah dapat direalisasikan dengan kecemerlangan.
Sila ‘ Klik ‘ pada gambar di atas untuk ke laman ” SK Wangsa Melawati Online TV “